Pertandingan Seni Kraf Kolaj Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia – Nestlé® KOKO KRUNCH® Tahun 2024

BERSAMA                     

 

TUJUAN

Tujuan kertas konsep ini adalah sebagai rujukan dan garis panduan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah yang berminat untuk menyertai pertandingan seni kraf kolaj sekolah rendah KPM-NESTLÉ yang dianjurkan bagi murid sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

 1. LATAR BELAKANG

Pertandingan ini adalah satu program pembangunan dan kecemerlangan seni visual yang dirancang untuk keberhasilan murid KPM dari sekolah rendah dalam mencungkil bakat mereka dalam seni visual di peringkat asas pendidikan disokong oleh mereka yang pakar serta jalinan kerjasama bersama rakan senergi, NESTLÉ (selaku penaja dalam pertandingan ini) dalam mengupayakan kemahiran murid Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. MATLAMAT

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid sekolah rendah  KPM memperkembangkan bakat dan potensi melalui penganjuran pertandingan seni visual bagi memupuk minat lebih mendalam, memberi kesedaran dan kepekaan murid terhadap nilai-nilai murni dan estetika kesenian dalam bidang seni visual.

3. RASIONAL

3.1 Memberi pendedahan kepada murid-murid KPM melalui kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual bagi menyatakan idea dan ekspresi diri;

3.2 Mengembangkan bakat seni yang ada di dalam jiwa murid ke arah hobi yang berfaedah;

3.4 Menyediakan platform kepada anak muda di Malaysia untuk menyerlahkan bakat dan mempamerkan hasil karya mereka; dan

3.4 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang aktiviti seni visual yang dijalankan di peringkat sekolah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa dengan secara terancang.

OBJEKTIF

4.1 Mencungkil dan mengasah bakat murid sekolah rendah dalam seni kraf kolaj dan memahami konsep seni visual;

4.2 Menyediakan ruang yang lebih besar di peringkat kebangsaan untuk murid KPM mempamerkan bakat dalam bidang seni visual;

4.3 Membentuk dan membudayakan apresiasi terhadap nilai sesuatu karya lukisan; dan

4.4 Menambah jumlah pengiat seni visual muda di Malaysia.

5. MOD PROGRAM

5.1 Pertandingan Seni Visual ini terdiri mengetengahkan pertandingan seni kraf kolaj sekolah rendah yang dirancang dari peringkat sekolah hingga ke peringkat kebangsaan.

5.2 Pertandingan ini ditawarkan secara percuma kepada murid yang berminat.

5.3 Pertandingan yang dijalankan adalah secara berperingkat iaitu pemilihan karya dari peringkat daerah, peringkat Zon sehingga ke peringkat kebangsaan. Untuk peringkat Zon dan peringkat kebangsaan secara bersemuka, peserta diwajibkan untuk mengisi dan mengemukakan borang kebenaran daripada ibubapa atau penjaga semasa taklimat pendaftaran kepada guru penasihat.

5.4 Dua (2) karya terbaik dari setiap Zon yang dipertandingkan akan mewakili Zon ke peringkat kebangsaan.

5.5 Pertandingan yang ditawarkan ini mengikut mod pelaksanaan adalah seperti berikut.

BIL

PERTANDINGAN

KATEGORI

UMUR

PELAKSANAAN

1

Pertandingan Seni Kolaj Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan

Sekolah Rendah

7 – 12 tahun

 

10-12 tahun

 

10-12 tahun

Peringkat Daerah

Peringkat Zon

Peringkat Kebangsaan

6. KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN

6.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah (Tahun 1 hingga Tahun 6) enrolmen 2024 sekolah kerajaan / bantuan kerajaan.

6.2 Setiap penyertaan hendaklah mendapatkan pengesahan (surat iringan) dari JPN masing-masing.

BIL

PERTANDINGAN

KATEGORI/

UMUR

PERINGKAT

JUMLAH PENYERTAAN

 

1

Pertandingan Seni Kolaj Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan

Sekolah Rendah

7 – 12 tahun

 

Sekolah Rendah

10-12 tahun

 

Sekolah Rendah

10-12 tahun

 

 

Peringkat Daerah

 

 

Peringkat Zon

 

Peringkat Kebangsaan

Terbuka

 

 

5 kumpulan setiap Negeri

 

 

2 kumpulan setiap Zon

7.   FORMAT PERTANDINGAN

7.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

7.2 Penyertaan murid adalah secara Kumpulan (1 Kumpulan 3 orang murid). Murid yang berumur 7 sehingga 9 tahun (tahap 1) tidak dibenarkan untuk membentuk satu Kumpulan dengan murid yang berumur di antara 10 sehingga 12 tahun (tahap 2) untuk penyertaan pertandingan ini.

7.3 Pertandingan yang ditawarkan secara percuma.

7.4 Walau bagaimanapun, setiap murid hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam SATU PERYERTAAN KUMPULAN sahaja.

7.5 Perincian setiap pertandingan adalah seperti dalam jadual yang disediakan:

Peringkat Daerah

a) Tarikh pendaftaran untuk penyertaan secara dalam talian adalah dari 1 Mei 2024, jam 00:00:00 sehingga 14 Jun 2024, jam 23:59:59 (“Tempoh Penyertaan”).

dikemaskini pada 6 Jun 2024

c

Kategori   Murid Sekolah Rendah
Umur Peserta 7 hingga 12 tahun
Penyertaan Secara Kumpulan (1 kumpulan 3 orang murid)
Jenis Karya Seni Kraf kolaj
Medium Kadbod Saiz A2
Bahan Bebas  
Saiz Karya Kadbod A2 (594 mm x 420 mm)  tidak termasuk bingkai
Tema Detik pertama yang mengembirakan
Pertandingan

Penyertaan Secara dalam talian MICROSITE

Muat naik:

  • Karya seni yang jelas (tidak melebihi 5MB, dalam format JPG/PNG/JPEG)
  • Video persembahan berkaitan karya selama 30 saat (tidak melebihi 10MB, dalam format MP4/MPEG-4/MOV)
  • Penerangan ringkas berkaitan idea kreatif karya (tidak melebihi 30 patah perkataan).

Muat naik dalam

ENG: https://www.nestle-cereals.com/my/my-en/kokokrafclub

BM: https://www.nestle-cereals.com/my/my-ms/kokokrafclub

  ** LUKISAN DIGITAL TIDAK DIBENARKAN

Media cetakan digital adalah TIDAK DIBENARKAN

Peringkat Zon

PERTANDINGAN SENI KOLAJ SEKOLAH RENDAH

PERINGKAT KEBANGSAAN 2024

Kategori   Murid Sekolah Rendah
Umur Peserta 10 hingga 12 tahun
Penyertaan Secara Kumpulan (1 kumpulan 3 orang murid)
Jenis Karya Seni Kraf kolaj
Medium Kadbod Saiz A2
Bahan Bebas (disediakan oleh penganjur)
Tempat Ditentukan oleh penganjur
Saiz Karya Kadbod A2 (594 mm x 420 mm)  tidak termasuk bingkai
Tema Pengembaraan yang mengembirakan
Pertandingan

Secara Bersemuka mengikut zon

Zon Tengah

(Selangor, WP KL, WP Putrajaya) 15 Kumpulan

  •  5 kumpulan setiap negeri

Zon Utara

(Perak, Penang,Kedah,Perlis) 20 Kumpulan

  • 5 kumpulan setiap negeri

Zon Selatan

(Melaka, Negeri Sembilan,Johor) 15 Kumpulan

  • 5 kumpulan setiap negeri

Zon Pantai Timur

(Kelantan, Terengganu,Pahang) 15 Kumpulan

  • 5 kumpulan setiap negeri

Zon Borneo

(Sabah, Sarawak ,Labuan) 15 Kumpulan

  • 5 kumpulan setiap negeri
  ** LUKISAN DIGITAL TIDAK DIBENARKAN

Peringkat Kebangsaan

PERTANDINGAN SENI KOLAJ SEKOLAH RENDAH

PERINGKAT KEBANGSAAN 2024

Kategori   Murid Sekolah Rendah
Umur Peserta 10 hingga 12 tahun
Penyertaan Secara Kumpulan (1 kumpulan 3 orang murid)
Jenis Karya Seni Kraf kolaj
Tempat Ditentukan oleh penganjur
Pertandingan

Secara Bersemuka

Setiap Zon   menghantar 2 kumpulan terbaik ke peringkat Kebangsaan  (10 Kumpulan)

  • 2 kumpulan setiap Zon
  ** LUKISAN DIGITAL TIDAK DIBENARKAN

8. BORANG PENYERTAAN

8.1 Pendaftaran penyertaan diperingkat daerah melalui laman sesawang ENG: https://www.nestle-cereals.com/my/my-en/kokokrafclub

BM: https://www.nestle-cereals.com/my/my-ms/kokokrafclub

8.2 Wakil setiap Zon perlu memastikan Borang A (hardcopy) dibawa ke pertandingan peringkat kebangsaan bagi kumpulan terpilih.

8.3 Semua hasil karya akan menjadi hak milik pihak penganjur.

8.4 Pihak penganjur berhak membuat reproduksi ke atas karya bagi tujuan publisiti, promosi, percetakan dan terbitan. Pihak penganjur juga bersetuju bahawa Nestlé (penaja) diberikan hak untuk mengguna dan mengubah suai hasil karya peserta dalam apa cara sekalipun yang dianggap sesuai tanpa pampasan kepada Peserta dan pihak penganjur untuk tujuan promosi pertandingan ini.

8.5 Hasil karya hendaklah mematuhi syarat-syarat penyertaan dan penyertaan yang tidak mematuhi syarat akan dibatalkan.

11. PEMARKAHAN                                                         

Markah Keseluruhan = 100 markah

ASPEK PENILAIAN
Prinsip Rekaan / Kekemasan Karya (Reka Letak/Gubahan Komposisi) 20 markah
Kreativiti 25 markah
Interpretasi 20 markah
Keaslian 15 markah
Ketepatan Tema 20 markah

Rujuk Lampiran 1 untuk butiran selanjutnya. 

12. PENGHAKIMAN

11.1 Lantikan panel hakim di bawah penyelarasan dari Unit Pembangunan dan  Kecemerlangan Seni (UPKSe), BSKK, KPM dan wakil Nestlé.

11.2 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD

13. HADIAH SETIAP PERINGKAT ZON 

BIL

PERKARA

CATATAN

1

Johan Hadiah RM 2000 dan sijil

2

Naib Johan Hadiah RM 1000 dan sijil

3

Tempat ke-3 Hadiah RM 600 dan sijil

4

Tempat ke-4 Hadiah RM 400 dan sijil

5

Tempat ke-5 Hadiah RM 400 dan sijil 

14. HADIAH PERINGKAT KEBANGSAAN

BIL

PERKARA

CATATAN

1

Johan Hadiah RM 3000 dan sijil

2

Naib Johan Hadiah RM 2000 dan sijil

3

Tempat ke-3 Hadiah RM 1200 dan sijil

4

Tempat ke-4 Hadiah RM 800 dan sijil

5

Tempat ke-5 Hadiah RM 800 dan sijil 

Rujukan Lampiran seperti dibawah: 

Lampiran 1

Garis Panduan Penjurian

No

Description

Marks

1

Keaslian (elakkan peniruan) / Originality (Avoid imitation)
Kriteria ini menilai keunikan dan keaslian karya seni. Ia lengkaji sama ada penyertaan menunjukkan idea dan konsep asli berbanding meniru karya sedia ada atau penyertaan perserta lain. 

15%

2

Ketepatan Tema / Clarity to Theme

Kriteria ini menilai sejauh mana karya seni sejajar dengan tema Pertandingan “Detik yang Menggembirakan”. Ia mengkaji sama ada penyertaan berkomunikasi secara efektif dan menurut tema, menangkap hakikat pengalaman gembira awal dalam konteks keluarga/rumah.

20%

3

Prinsip Rekaan / Kekemasan Karya

(Reka letak/Gubahan Komposisi)

Komposisi, elemen reka bentuk dan warna / Composition, design elements and colors

Kriteria ini memberi tumpuan kepada persembahan visual keseluruhan karya seni. Ia mempertimbangkan susunan element, seperti bentuk, garis, tekstur, dan ruang, untuk mencipta komposisi yang padu dan menarik secara visual. Selain itu, ia mengkaji penggunaan warna dan sejauh mana warna-warna tersebut berfungsi secara harmoni untuk meningkatkan kesan karya seni.

20%

4

Interpretasi : Impresi Seni Keseluruhan / Overall Artistic Impression

Kriteria ini menilai impak emosi dan keserasian karya seni. Ia mengkaji sejauh mana penyertaan menyampaikan emosi yang berkaitan dengan tema, seperti kebahagiaan, nostalgia, atau ikatan keluarga.

20%

5

Imaginasi & Kreativiti / Imagination & Creativity

Kriteria ini menilai tahap imaginasi dan kreativiti yang ditunjukkan dalam karya seni. Ia mengkaji keupayaan seniman untuk berfikir di luar kotak, meneroka idea-idea baru, dan meluahkannya dengan cara yang unik dan berimaginasi. 

25%

Total

100% 

Lampiran 2

Peringkat Daerah

  • Tema 2024: “First Happy Moments” / “Detik Pertama Yang Menggembirakan”
  • Penerangan Tema: Keriangan bermula dari rumah. Kami menggalakkan murid memanfaatkan kreativiti mereka dengan berkongsi detik gembira terawal mereka, seperti menikmati sarapan pagi keluarga and berbual mesra dengan ayah.

Peringkat Zon

  • Tema 2024: “Happy Adventures” / “Pengembaraan yang mengembirakan”
  • Penerangan Tema: Keriangan sentiasa ada ketika menerokai pengalaman baharu. Kami menggalakkan murid untuk berkongsi pengalaman mereka, sama ada perjalanan ke air terjun bersama keluarga atau mengalahkan bos yang menakutkan dalam permainan kegemaran mereka. Kami mendorong murid untuk mengungkapkan pengembaraan gembira mereka secara kreatif.
  •  

Peringkat Kebangsaan

  • Tema 2024: Ditentukan oleh penganjur

JANGKAMASA 

PERKARA MEI JUN JULAI OGOS SEP
Pengurusan Pertandingan di PPD di peringkat Daerah Mei 2024 Jun 2024      
Pengurusan Pertandingan di Peringkat Zon     Jul 2024 Ogos 2024  
Pengurusan Pertandingan di Peringkat Kebangsaan         Sep 2024

BORANG PENYERTAAN

 

Pertandingan Seni Arca Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan

(Mohon diisi mengunakan Font Arial, Saiz 12, Huruf Besar)

1

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI  

2

KATEGORI PERTANDINGAN SENI KOLAJ SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

3

ZON  

4

NAMA PESERTA

 

5

MYKAD PESERTA

 

6

UMUR PESERTA

 

7

NAMA IBU/BAPA/PENJAGA

 

8

NO. TELEFON IBU/BAPA/PENJAGA

 

9

NAMA SEKOLAH

 

10

NAMA GURU  PENASIHAT

 

11

NO. TELEFON GURU

 

12

TAJUK KARYA

 

13

MEDIA/BAHAN YANG DIGUNAKAN

 

14

SAIZ KARYA

 

 15 KETERANGAN KARYA (tidak lebih 30 patah perkataan)

 

 

 

 

Unit Pembangunan dan Kecemerlangan Seni

Sektor Pembangunan dan Kecemerlangan Sukan, Kokurikulum dan Kesenian

Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian

Kementerian Pendidikan Malaysia