Kilang Nestlé: Janji Kami Membuat Sarapan yang Terbaik

Cereal Partners Worldwide (CPW), the maker of Nestlé Breakfast Cereals

Cereal Partners Worldwide diasaskan oleh Nestlé® dan General Mills pada tahun 1990. Sejak itu, syarikat ini telah berkembang atas usahan pekerja-pekerja yang bersemangat dan pengalaman mereka. Walaupun ibu pejabat CPW terletak di Switzerland, jangkauan syarikat adalah global dengan lebih daripada 4,000 pekerja-pekerja di 17 kilang dan 130 negara yang berbeza di seluruh dunia. 

CPW adalah salah satu syarikat bijirin sarapan pagi yang terkemuka di dunia dan mencipta beberapa jenama bijirin sarapan pagi yang paling ikonik di dunia - Nestlé® KOKO KRUNCH®, Nestlé® HONEY STARS®, Nestlé® FITNESSE®, dan Nestlé® GOLD Cornflakes dan lebih lagi. 

Cereal Partners Worldwide (CPW), the maker of Nestlé Breakfast Cereals

Visi CPW

Di Cereal Partners Worldwide, matlamat kami adalah jelas. Kami Membuat Sarapan Pagi Lebih Baik. 

Sejak kami ditubuhkan lebih 30 tahun yang lalu, itulah janji kami kepada pengguna, pembekal, pekerja dan komuniti tempat kami bekerja dan tinggal. 

Kami membuat pelbagai jenis bijirin sarapan pagi - memberi semua orang pilihan untuk sarapan pagi yang lazat, mudah dan berkhasiat. 

Kami mahu membina perniagaan yang benar-benar mampan. Ini bermakna berinovasi dan menambahbaik semua yang kami lakukan - daripada cara kami mendapatkan ramuan, kepada cara kami membuat produk kami dan cara kami bekerja. 

 

Produk CPW

Sarapan pagi adalah sebahagian daripada diet yang sihat dan seimbang. Sama ada anda bersarapan sedikit sambil bergegas keluar, atau bersarapan dengan tenang sebelum hari anda bermula, sarapan pagi tetap penting.

Matlamat kami untuk mencipta sarapan pagi yang lebih baik tidak akan berakhir. Kami perlu mencabar diri untuk terus menambahbaik produk semasa kami dan mengembangkan portfolio kami untuk menawarkan rangkaian bijirin sarapan pagi yang memenuhi keperluan pengguna kami.

Selama hampir dua dekad, pasukan kami telah berusaha untuk menambah baik resipi kami dengan meningkatkan kandungan bijirin penuh, mengurangkan kandungan gula dan garam serta mengeluarkan pewarna dan perisa tiruan.

Cereal Partners Worldwide (CPW) ialah syarikat bijirin global pertama yang komited untuk membuat bijirin penuh sebagai ramuan utama dalam bijirin sarapan kami. Sejak tahun 2003, kami amat berbangga bahawa dalam semua bijirin kami yang mempunyai sepanduk hijau, kami telah*:

• Memperkenalkan 50% lebih bijirin penuh

• Mengurangkan gula sebanyak 20% **

• Mengurangkan garam sebanyak 25%**

• Mengurangkan penggunaan pewarna & perisa tiruan

* secara purata dalam resipi kami, antara tahun 2003 dan 2018 

** berdasarkan jumlah bijirin dan bar sarapan pagi berjenama Nestlé® pada tahun 2018. Tahap gula adalah berdasarkan nilai pada pek. 

Baca lebih lanjut mengenai Cereal Partners Worldwide:

Cereal Partners Worldwide