logo better food
OUR PROMISES - BETTER FOOD
Nestlé Cereals / PERJANJIAN MAKANAN YANG LEBIH BAIK

Makanan Yang Berkhasiat untuk Hidangan Harian

Share it with your friends

Sarapan pagi adalah sebahagian daripada diet yang sihat dan seimbang. Sama ada anda bersarapan pagi dengan cepat atau dengan tenang sebelum hari anda bermula, sarapan pagi tetap penting.

Matlamat kami untuk mencipta sarapan pagi yang lebih baik tidak akan berakhir.

Kami berjanji untuk mencabar diri kami untuk terus menambahbaik produk semasa kami dan mengembangkan portfolio kami untuk menawarkan rangkaian bijirin sarapan pagi yang memenuhi keperluan pengguna kami

Kami sedang dalam perjalanan untuk menambahbaik resipi kami: meningkatkan kandungan bijirin penuh, mengurangkan kandungan gula dan garam, dan mengeluarkan pewarna dan perisa tiruan.

Inovasi berterusan kami

Kami boleh menawarkan kepada pengguna kami bijirin sarapan pagi yang:

• Secara perbandingan lebih rendah dalam garam dan gula, mempunyai tahap bijirin penuh yang lebih tinggi, dan ditambah dengan nutrien penting

• Ambil kesempatan trend nutrisi dan sains untuk menyampaikan produk yang lebih baik kepada pelanggan kamirs

• Terima cara baharu untuk menyampaikan rasa yang hebat

Sejak tahun 2033, kami amat berbangga bahawa dalam semua bijirin kami yang mempunyai sepanduk hijau, ia mempunyai*:

      

50%

lebih banyak bijirin penuh diperkenalkan, untuk mencapai minimum 8g bijirin penuh dalam setiap hidangan

20%**

Pengurangan gula**

25%**

Pengurangan garam**

Mengurangkan penggunaan pewarna & perisa tiruan 

*secara purata dalam resipi kami, antara tahun 2003 dan 2018 

**berdasarkan jumlah volum tahun 2018 bijirin dan bar sarapan pagi berjenama Nestlé®. Tahap gula adalah berdasarkan nilai pada label.  

SEHINGGA HARI INI

100%

daripada bijirin sarapan pagi kami mempunyai bijirin penuh sebagai ramuan No.1. 

100%

daripada portfolio kami mempunyai 3g atau lebih daripada 3g serat bagi setiap 100g. 

>92%

bijirin kami mengandungi dua sudu teh (7.5g) atau kurang daripada 2 sudu teh gula (≤10g) bagi setiap hidangan 30g.  

96%

bijirin kami mempunyai kurang daripada 450mg garam bagi setiap 100g. 

“Tetapi kami tahu perjalanan kami masih jauh. Kami mahu memenuhi jangkaan pengguna kami dan terus membuat sarapan pagi kami lebih baik - menghasilkan bijirin berkhasiat yang masih menawarkan rasa yang hebat yang disukai olehpengguna kami."