KENALI RAMUAN KAMI!

GET TO KNOW OUR INGREDIENTS!

Pada mata kasar, ia hanyalah segelung bijirin penuh, serpihan rangup atau bebola berperisa coklat. Kalaulah anda tahu betapa banyak perhatian dan betapa telitinya penjagaan yang telah diberikan kepada bijirin sarapan pagi anda! Kami tahu ramuan itu penting bagi anda, jadi kami menjadikannya tanggungjawab kami untuk mendapatkan dan memilih ramuan dengan cara yang sebaik mungkin. Teruskan membaca untuk mengetahui ramuan utama yang terdapat di dalam bijirin sarapan pagi kegemaran anda.

whole grainS
8g (setiap hidangan)

Bijirin penuh

Semua resipi bijirin sarapan pagi kami mengandungi bijirin penuh sebagai ramuan #1 dan 96% daripada pek yang mempunyai sepanduk hijau mengandungi minima 8g bijirin penuh bagi setiap hidangan!

Kami ialah syarikat bijirin global utama yang pertama untuk komit menggunakan bijirin penuh sebagai ramuan No. 1. Sejak tahun 2003 kami amat berbangga kerana telah menggunakan 50% lebih bijirin penuh dalam produk kami.

VITAMINS & MINERALS
15%

VITAMIN & MINERAL

Kami memperkayakan bijirin kami dengan menambahkan vitamin dan mineral ke dalam kebanyakannya, walaupun jumlahnya berbeza-beza mengikut kawasan geografi dan undang-undang semasa. Apabila vitamin atau mineral ditambah ke dalam produk kami, kami memastikan penambahan ini menepati sekurang-kurangnya 15% daripada pengambilan harian yang disyorkan bagi setiap hidangan.

SUGAR
-20% sejak tahun 2003

GULA

Gula mengekalkan, memberikan tekstur, warna keemasan yang cantik dan rasa yang lebih manis. Kebanyakan bijirin dibuat daripada bijian, yang boleh menjadikannya sumber serat yang baik dan mengandungi vitamin dan mineral. Jadi, gula hanyalah pasangannya (atau mungkin kekasihnya?). Sejak tahun 2003 kami telah mengurangkan gula dalam produk kami sebanyak 20%. Jika anda memerlukan bijirin sarapan pagi yang lazat dan mengandungi gula yang rendah, klik di bawah untuk membaca lebih lanjut tentang usaha kami meningkatkan profil nutrisi bijirin kami.

salt
-25% sejak tahun 2003

SALT

Kami menambah secubit garam pada bijirin kami untuk meningkatkan rasa dan teksturnya. Setiap bijirin sarapan pagi kami yang berkhasiat mempunyai resipi spesifik yang telah dicipta melalui pelbagai ujian pengguna. Oleh itu, kami boleh menawarkan kepada anda produk yang anda akan sukai, dengan rasa yang lazat dan jangka hayat yang panjang.

 

Kami telah berusaha sejak lima belas tahun untuk mengurangkan tahap garam secara beransur-ansur dalam bijirin kami, dan telah pun mengurangkan garam sebanyak 25% secara purata.

Anda ada soalan?