Sistem immunisasi yang kuat adalah penting untuk kesihatan yang baik. Anda boleh membantu sistem immunisasi anda berfungsi dengan baik dengan mengambil makanan yang seimbang. Memulakan hari dengan bijirin penuh daripada Nestlé® adalah satu cara untuk memberi sistem anda permulaan baik pada waktu pagi. Kebanyakan produk bijirin penuh Nestlé® diperkuat dengan vitamin dan mineral penting untuk membantu sistem immunisasi anda berfungsi dengan baik.
Tingkatkan imuniti anda dengan bijirin penuh!
Jadi apakah sistem immunisasi anda dan apakah fungsinya?
Sistem immunisasi adalah nama yang diberikan kepada kumpulan organ, protein dan sel yang semuanya bersatu untuk menghalang penceroboh memasuki badan anda. Penceroboh ini termasuk kuman seperti bakteria dan toksin, dari alam sekitar dan dari udara.
Anda boleh membantu membina imuniti anda dengan mengamalkan diet yang baik, penuh dengan vitamin dan mineral utama yang anda perlukan, seperti Vitamin B kompleks, Vitamin D, zat besi dan zink [1]. Para saintis telah mendapati bahawa tindak balas imun badan - bagaimana ia bertindak balas terhadap penceroboh - bergantung kepada kecukupan nutrien ini.
Nutrien ini membantu membina sel imun dan menguatkan fungsi mereka. Sesetengah bijirin difortifikasi dengan vitamin dan mineral untuk membantu meningkatkan pengambilan bahan binaan penting ini. Jika anda menggabungkan ini dengan tidur yang cukup, melakukan banyak senaman dan mengekalkan tahap stres yang rendah, anda akan membina sistem immunisasi yang baik.
Sudah tentu, kita semua tahu bahawa penting untuk kanak-kanak mendapatkan vitamin & mineral mereka. Tetapi anda tahukah bahawa lebih penting lagi untuk anda mendapatkannya apabila kita semakin tua? Sistem immunisasi anda memerlukan lebih banyak sokongan apabila anda semakin tua, dan kita tidak selalu mendapat apa yang kita perlukan. Menurut Malaysian National and Health Morbidity Survey (NHMS, 2018), 3 daripada 10 warga emas mengalami kekurangan zat makanan [2].
Bijirin difortifikasi & imuniti
Satu nutrien penting ialah vitamin B kompleks. Ia adalah sekumpulan vitamin yang penting untuk kesihatan, termasuk thiamin (B1), riboflavin (B2), niasin (B3), asid pantotenik (B5), piridoksin (B6), biotin (B7), asid folik (B9), dan cobalamin ( B12).
B6 adalah kunci kepada sistem immunisasi anda [1]. Ia berfungsi untuk membuat sel darah merah baharu dan membawa oksigen ke sel anda.
Kebanyakan bijirin kegemaran Nestlé® anda seperti Nestlé® KOKO KRUNCH®, Nestlé® GOLD™ Cornflakes dan Nestlé® FITNESSE® Flakes, difortifikasi dengan B6 (serta B2 dan B9).
Itu bukan pengakhiran kisah bijirin difortifikasi.
Satu nutrien penting yang boleh disediakan oleh bijirin penuh ialah zink. Zink bukan sahaja membantu mengekalkan sistem immunisasi yang kuat [1], malah terdapat beberapa bukti bahawa ia mungkin membantu melawan selsema.
Tetapi berapa banyak daripada nutrien penting ini akan anda temui dalam semangkuk bijirin sarapan Nestlé® TRIX®?. Dengan hanya 1 hidangan, kanak-kanak dapat memenuhi 52% (lelaki) dan 54% (perempuan) keperluan zink harian mereka [3]. Itulah permulaan yang baik untuk hari itu. Jadi, untuk memulakan hari anak anda, nikmatilah semangkuk bijirin Nestlé®. Campurkan bijirin Nestlé® TRIX® berwarna-warni dengan segenggam buah beri, kacang dan susu, dan badan mereka akan berterima kasih.
Anda juga boleh menambah beberapa topping yang menyokong imuniti ke dalam bijirin sarapan difortifikasi Nestlé® anda. Sebagai contoh, semangkuk bijirin Nestlé® FITNESSE® Original boleh digabungkan dengan buah-buahan dan susu rendah lemak untuk memulakan hari anda dengan sarapan sihat dan lazat.
Susu megandungi pelbagi nutrien penting seperti kalsium, protein, vitamin B2 & B12 dan zink [4]. Dan pilihan buah yang betul boleh memberi anda peningkatan. Buah oren dan buah sitrus lain padat dengan vitamin C, manakala anda juga akan menemuinya dalam beri biru, bersama-sama dengan mineral seperti zat besi, magnesium dan zink.
Bijirin fortifikasi kami - semuanya tentang pertahanan!
Perkataan fortifikasi bermaksud 'tembok pertahanan atau pengukuhan lain yang dibina untuk menguatkan sesuatu tempat menentang serangan' - jadi apa kaitannya dengan bijirin? Apabila bijirin 'difortifikasi', bermakna ia mengandungi vitamin dan mineral tambahan untuk membantu badan kita berfungsi dengan baik.